Thursday, June 25, 2009

jawapanku...


1.bila kali terakhir anda cuci toilet?
malam smalam paling latest.. jgn terkejut..eheheh.. sbb sabun tertumpah kat lantai.. alang2 tu, trus la capai brus tu sental2 apa yg patut..(bangga nih baru sgt basuh dah ada org spot check)

2.pencuci apa yg anda guna?
toilet bowl tu pakai yg duck mende tuh.. alaa botol yg ada leher itik tu... utk lantai lak pakai fabuloso hijau.. bau apple

3.dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
biasa nya mop hari sabtu, kalo sabtu minggu tu balik kampung, postphone sabtu mgu depan, mgu depan pun balik kg, postpone mgu lg satu.. ehehehhe..

4.apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
menjelang malam tu pkul bape eh.. balik dr opis sampai rumah kul 6.30ptg.. baring sat, luruskan pinggang, main2 ngan aqeef kang kul 8.30 dah nak tido dah dia.. (sian dia..sikit sgt time ngan dia, satu hari 1-2 jam je)

5.apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
nasik lemak - beli kat simpang nak masuk rumah... hambik ko.. simple gile.. hulur je kertas, dapat nasik..

6.minuman yg anda buat setiap pagi?
buat breakfast weekend je, weekdays breakfast sblm masuk opis, minum kat kedai roti canai kat depan opis dgn cik abe - (milo ais).. kalo weekend buat teh tarik (cik abe peminat tegar teh tarik)

7.sebelum tido apa yg anda lakukan?
sblm tido buat bubur si kecik, campak beras + sayo + ayam/ikan/daging dlm slow cooker.. esok trus masuk dlm termos je bg bbsitter..

8. orang yang harus menjawab tag ini?
org yg baca blog ni.. kalau dah jawab tag ni, abaikan je..

Monday, June 22, 2009

Terkenang kembali.. lambaian kaabah

Hari ni genap seminggu ayahanda dan bonda di tanah suci mengerjakan umrah. Rasanya baru je hantar diorang di KLIA rabu minggu lepas, cepat tul masa berlalu.. (tapi dalam pada tu berkira juga brapa hari lagi diorang nak kembali ke sini). Semalam mak call dari sana, terubat la jugak rindu nak dengar suara mak.. kebiasaannya mmg call mak seminggu 3-4 kali.. at least tanya masak apa hari ni.. mak kata hari jumaat baru ke madinah dan hari selasa minggu depan insyaallah sampai la kat KLIA. Rindu plak rasanya bila teringat suasana di tanah suci.. hmmm.. keadaan di sana 2 tahun lepas mesti dah banyak beza dengan sekarang. Hotel yang saya duduk masa dulu dah dirobohkan pun. Teringat semasa dalam perjalanan dari Jeddah ke Makkah, hati ni berdebar-debar untuk menjadi tetamu Allah, dengan tarbiah dari mutawwif yang memang menusuk kalbu, ditambah pula diwaktu keheningan pagi yg masih gelap. Semasa pertama kali kaki jejak ke masjidil haram, air mata ni jatuh mencurah-curah sehingga terasa sesak nafas kerana melihat kaabah depan mata. Walaupun masa tu ramai orang sebab baru masuk waktu subuh, dapat juga menyelit dalam saf untuk solat berjemaah buat pertama kali di dalam masjidil haram mengadap kiblat semua umat manusia. Perasaan tu mmg tak dpt digambarkan dengan kata-kata. Hari-hari solat tengok gambar kaabah kat sejadah, tapi haritu kaabah live... Subhanallah. Waktu tengahri time tu mmg panas dekat 40 darjah celcius jgk, tapi yg mmg peliknye kan, kat tempat tawaf tu sejuk dan nyaman je, matahari punya la terik, tapi nyaman.. kalau keluar dari tmpt tawaf tu terus je terasa bahang panas. Harap-harap mak abah seru nama kami semua untuk kembali menjejakkan kaki di sana.. Insyaallah..