Monday, June 22, 2009

Terkenang kembali.. lambaian kaabah

Hari ni genap seminggu ayahanda dan bonda di tanah suci mengerjakan umrah. Rasanya baru je hantar diorang di KLIA rabu minggu lepas, cepat tul masa berlalu.. (tapi dalam pada tu berkira juga brapa hari lagi diorang nak kembali ke sini). Semalam mak call dari sana, terubat la jugak rindu nak dengar suara mak.. kebiasaannya mmg call mak seminggu 3-4 kali.. at least tanya masak apa hari ni.. mak kata hari jumaat baru ke madinah dan hari selasa minggu depan insyaallah sampai la kat KLIA. Rindu plak rasanya bila teringat suasana di tanah suci.. hmmm.. keadaan di sana 2 tahun lepas mesti dah banyak beza dengan sekarang. Hotel yang saya duduk masa dulu dah dirobohkan pun. Teringat semasa dalam perjalanan dari Jeddah ke Makkah, hati ni berdebar-debar untuk menjadi tetamu Allah, dengan tarbiah dari mutawwif yang memang menusuk kalbu, ditambah pula diwaktu keheningan pagi yg masih gelap. Semasa pertama kali kaki jejak ke masjidil haram, air mata ni jatuh mencurah-curah sehingga terasa sesak nafas kerana melihat kaabah depan mata. Walaupun masa tu ramai orang sebab baru masuk waktu subuh, dapat juga menyelit dalam saf untuk solat berjemaah buat pertama kali di dalam masjidil haram mengadap kiblat semua umat manusia. Perasaan tu mmg tak dpt digambarkan dengan kata-kata. Hari-hari solat tengok gambar kaabah kat sejadah, tapi haritu kaabah live... Subhanallah. Waktu tengahri time tu mmg panas dekat 40 darjah celcius jgk, tapi yg mmg peliknye kan, kat tempat tawaf tu sejuk dan nyaman je, matahari punya la terik, tapi nyaman.. kalau keluar dari tmpt tawaf tu terus je terasa bahang panas. Harap-harap mak abah seru nama kami semua untuk kembali menjejakkan kaki di sana.. Insyaallah..

4 comments:

  1. berdoa jgk tuk menjadi tetamu Allah suatu hari nti...InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. insyaallah.. sampai serunya nanti

    ReplyDelete
  3. lepas ni pegi sana, balik dpt hajjah.. insyaAllah

    ReplyDelete
  4. nak dpt hajjah tu lom ready lg la.. byk benda nak kene blajar lg.. bak kata hsbn aku, buat haji lain sangat ngan umrah dr segi suasananya, dugaannya, amalannya.. kene well prepared..

    ReplyDelete